BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, December 30, 2013

.::. NAZAM RINDU BUATMU .::.

Seharum kasihmu mendamaikan jiwaku, 
Kala ku kesepian kau penghibur hatiku, 
Kau tempat ku berkongsi segalanya, 
Tatkala berduka mahupun suka. 



Kasihmu..., 
Seteguh Bak Ummu Hani, 
Yang sanggup menolak pinangan nabi, 
Lantaran kasih pada anak-anaknya, 
Sehingga diberi kurnia ibu mithali. 

Begitu jua dirimu ibu, 
Tak pernah mengabaikan kasih pada anakmu, 
Acapkali madah nasihat meniti dibibirmu, 
Buat pedoman untuk diriku. 

Semerdu buluh perindu, 
Gemersik suara kasihmu, 
Melafazkan madah kasih untuk anakmu, 
Menyemai sayang dalam kalbuku. 

Oh ibu..., 
Biarpun kini ku terpaksa berjauhan denganmu, 
Kerna anakmu ingin mencari pengalaman hidupku, 
Namunku tetap merinduimu, 

Biarpun dirimu jauh dari pandanganku. 

Wahai Ratu hatiku, 
Dengarlah nazam rindu dari anakmu, 
Walaupun kita berjauhan 
Wadah kasihmu utuh bersemi dalam jiwaku, 
Penawar rinduku yang acapkali bertamu. 


 

Saturday, October 12, 2013

KALAM CINTA


Tinta kembali melakar
Wadah rindu padaMu
Tiada terungkap dengan kata-kata
Hanya nukilan pencetus rindu

Ya Rahman....
Ku mengharap rahmatMu
Dalam derapan langkah hidupku
Agar tiada rebah di pertengahan
Tatkala disapa ujian

Ya Rabbul Izzati...
Ku mendambakan cintaMu
Yang terlalu Agung dan Suci
Tiada bandingan di dunia ini

Namun...
Sukarnya untukku meraih cintaMu
Terasa kerdilnya diriku ini
Tatkala ku berhadapan denganMu

Ya Rahim
Izinkan diri ini merasai cinta AgungMu
Agar aku tiada rebah dipertengahan
Dalam mencari nur kasihMu

.:: Asy_syuraa .::.

Monday, July 16, 2012

DISEBALIK BANYAK BUKU YANG DIBACA













Mengapa kita sukar memperolehi jawapan yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga-pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?


Ramai ulama memberikan jawapan bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan.

Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!

Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawapan untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca.

Anda hanya mengharap jawapan daripada angin yang lalu. Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil. Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca.

Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca.

Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.

Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat?

Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak. Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid? Begitulah kesukaran mengubat kejahilan.

Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawapan yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawapan yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca! Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawapan itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang-silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain. Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.”

Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!

Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.

Dalam surah yang sama (al Alaq), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.”

Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara. Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.

Rasulullah saw tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat. Al Quran penuh ilmu.

Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti?

Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya. Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku-buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku-buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa.

Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawapan daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka. Akhirnya kita gagal memperolehi jawapan yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.

Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua-dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu Rasulullah saw, juga murid-muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.

Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.

Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa-apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku-buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawapan yang dibentangkan di hadapan.

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A























INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA  UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh. Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api). Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...." 

Thursday, September 8, 2011

.::. PERINGATAN BUAT SAHABAT-SAHABAT DAN SAYA SENDIRI .::.

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya
.
Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu. 


Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. 

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya. 


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 


Siapakah orang yang miskin? 


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 


Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi 


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga
untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan. 


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya. 


Siapa kah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu. 


Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya. 


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan. 


Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


♥♥♥ Kenalilah Diri kamu dengan betul-betul Nescaya Engkau Akan Mengenali Tuhan Yang Amat Nyata ♥♥♥

.::. FADAHILAT PUASA ENAM SYAWAL .::.



Nabi s.a.w. bersabda :
"Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)."
Riwayat Atthabarani....

Antara fadhilat puasa sunat 6 Syawal :

Puasa Hari Pertama

♥♥♥ mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.
Puasa Hari Kedua
♥♥♥ mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
♥♥♥ keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.
Puasa Hari Ketiga
♥♥♥ mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.
♥♥♥ sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.
Puasa Hari Keempat
♥♥♥ mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.
Puasa Hari Kelima
♥♥♥ mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.
♥♥♥ menyamai berpuasa sepanjang tahun
Puasa Hari Keenam
♥♥♥ mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.
♥♥♥ jika ke betulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

Thursday, October 14, 2010

.::. JIKA & KETIKA .::.


Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa kuat sudah kau berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika
kau berasa bersendirian dan teman-teman terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu.


Ketika
kau terfikir bahawa sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.


Ketika
segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.


Jika
tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.


Ketika
segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu.


Ketika
sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu.


Ketika
kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.


OLEH ITU INGATLAH BAHAWA DI MANAPUN KAU BERADA... ALLAH AKAN MENGETAHUI DAN SENANTIASA BERADA DISAMPINGMU.

Sunday, September 6, 2009

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA



"Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku


Dengan wudu', Aku kau sentuh

dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;

sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.


Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapahalaman.

Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu disurau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca

pembukasurah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar muzik favoritemu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran televisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t


Sekarang engkau begitu senang membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...


Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....



Ayuh renungi bait-bait kata puisi ni.... semoga menjadi pedoman dan ikhtibar untuk kita...

Salam Nuzul Al-Quran untuk semua... ;-)

Thursday, August 27, 2009

.::. RENUNGAN RAMADHAN .::.



AMALAN- AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukankan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu dirantai semua syaitan."

Sabda Baginda s.a.w dalam hadis lain, " Jika manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan ramadhan."



1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah 1000 kali ganda.

2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

3. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah dan bahagian kedua dipenuhi dengan
keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

4. Dituntut supaya mengerjakan solat terawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca Al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan
sunat.

6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam
kesusahan dan ditimpa kemalangan.

7. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka.

8. Mengadakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan
keberkatan dan kebesaran malam 'Lailatul Qadar' seperti berikhtikaf di masjid dan
sebagainya.

9. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiyamullail terutamanya pada
10 hari yang terakhir.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


SEJARAH RAMADHAN
1) Ramadhan : Ertinya panas terik


2) Bulan di turunkan Al-Quran dan disebutkan (Syahru Ramadhan)


3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapatkan kemenanagan


4) Bualn dimana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya
Penyembahan berhala


5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik dari 1000 bulan


6) Dipilih untuk ibadat puasa


7) Dipilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al-Quran)




KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)


2) Bulan penuh keberkatan


3) Di malamnya ada lebih baikdaripada 1000 bulan


4) Amal sunat sama dengan solat fardu


5) Manakala solat fardu mendapat 70 kali ganda


6) Bulan sabar dan pahalanya syurga


7) Bulan menambah rezeki


8) Bulan Keampunan


a. Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka


b. juga doa pada sepertiga malam


9) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari

terakhir - kemerdekaan api neraka

Monday, June 29, 2009

.::. MARTABAT ISTIQAMAH .::.


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna diberi kesempatan untuk sekali lagi mencoretkan sekelumit santapan rohani yang bisa menjadi penawar atma. Coretan yang ingin dikongsi pada kali berkaitan dengan martabat istiqamah. Awalan, apakah yang ditakrifkan dengan istiqamah ni, istiqamah merupakan istilah dari al-lughah arabiah yang membawa maksud ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara sederhana tetapi terus menerus (termasuk urusan agama).

Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Hud ayat 112



فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬


Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan benar). Sebagaiman telah diperintahkan kepadamu dan (juga) oarng yang bertaubat bersamamu dan janganlah kamu melampaui batas.

(Surah Hud : 122)


Ayat ini menyatakan bahawa seseorang perlulah istiqamah di dalam melakukan perkara-perkara yang benar dan mengikut syariat Islam dan bersederhana dalam melakukan perkara tersebut.


Dalam erti kata lain, istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan seseorang insan, baik dari segi rohaniah ataupun jasmaniah, samada habluminAllah yakni (hubungan dengan Allah) mahupun habluminnas yakni (hubungan dengan Allah). Di dalam aqidah dan keimanan maka hatinya tak akan mudah goyah dan rapuh walaupun diuji seberat manapun ujian dan dugaan. Selain itu, seseorang yang beristiqamah, imannya tidah mudah dinodai dengan sifat-sifat mazmumah seperti penyakit syak, zdan dan wahami iatu sejenis penyakit ragu-ragu dan kurang yakin. Sebagaimana yang termaktub dalam kalamuAllah Surah Fussilat ayat 30



إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ أَلَّا تَخَافُواْ
وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ



Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan Kami Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengata) “Jangan kamu berasa takut dan jangan kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.

(Surah Fussilat : 30)



Ayat ini menerangkan tentang orang-orang yang menyatakan bahawa Allah itu tuhannya dan seterusnya bertetap pendirian dengan penyataan mereka, Allah akan menurunkan malaikat-malaikatNya untuk menyatakan bahawa ia jangan bersedih seandainya diseksa atau diuji kesan dari pendiriannya itu, tetapi bergembiralah kerna akan memperolehi syurga daripada-Nya. Disini dapat lihat betapa tingginya kurniaan Allah kepada orang beristiqamah dalam pekejaan.


Hal ini kita dapat lihat dalam kisah seorang mujahid Islam Bilal bin Rabah r.a yang mana bibirnya sentiasa melafazkan kalimah mengEsakan Allah walaupun diseksa dengan azab sekali dan dijemur dipadang pasir yang panas terik tetap dengan pendiriannya mengEsakan Allah dan akhir syahid di jalan Allah dan Al-Jannah menantinya disana. Sungguh syahdu kisah mujahid Islam ini.....


Dalam konteks lain, istiqamah ini dapat kepada beberapa bahagian:

i) Istiqamah Hati yakni sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan erti lain Istiqamah Hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.


ii) Istiqamah Lisan yakni memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura.


iii) Istiqamah perbuatan yakni tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Ini bermaksud, istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.



Oleh yang demikian, sama-sama kita renungkan dan fakir-fikirkan… semoga kita terus istiqamah dalam apa jua pun ;-)

Sunday, June 21, 2009

UNTUKKMU ABAH TERSAYANG


SENTUHANMU


Terpanar aku pada sentuhan keramatmu

Mengheret aku mentafsir memori silammu

Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu

Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu


Surut dedarku pada usapan manteramu

Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu

Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu

Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu


Oh ayah,

Tak pernah ku tanya

Kemana tumpahnya keringatmu


Oh ayah,

Tak pernah ku hitung

Berapa banyak kerutan di dahimu

Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku

Yang sedaya ayah laksanakan


Kau pendorong bukanlah pendesak

Apalagi memaksa diriku

Aku terlorong bukan terdesak

Apalagi rasa terdera


Tak terkuis dugaan menduga

Apalagi takdir yang menerpa

Aku mengharap bukan menolak

Apalagi cuba melupa


Lestari kasihmu tanpa batasan

Sempadan waktu yang memisahkan

Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa

Sentuhanmu amat bermakna...
Selamat Hari Bapa untuk abah tersayang.... semoga sentiasa baahgia dan diberkati serta dimurahkan rezeki oleh Allah SWT ... Segala pergorbanan abah bitara selamanya.... abahlah sumber inspirasiku...

Thursday, June 18, 2009

BERKENALAN DENGAN HARI KIAMAT


Bumi baru akan dibentang. Kemudian, ia melemparkan keluar apa yang di dalamnya lalu menjadi kosong. Yang dilempar keluar itu adalah manusia, untuk bangkit semula setelah mati pada suatu hari yang besar dinamakan Hari Kiamat. Firman-Nya, "Pada Hari Kiamat, kamu akan dibangkitkan." (84:1-4)
Manusia bangkit dari bumi selepas suatu seruan atau Teriakan dibuat. Firman-Nya, "Apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar." (30:25) "Pada hari mereka mendengar Teriakan dengan sebenarnya; itulah hari kekeluaran (kebangkitan)." (50:42)
Mereka juga dikatakan bangkit dari kubur. Sebelum itu, la ngit di atas terbelah,
bintang-bintang bertaburan, dan laut-laut berlimpah-limpah. Firman-Nya, "Apabila langit terbelah, Apabila bintang-bintang ditaburkan, Apabila laut-laut melimpah-limpah, Apabila kubur-kubur dibongkar." (82:1-4) "Allah membangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur." (22:7)

Ketika manusia bangkit mereka memuji Tuhan mereka. Firman-Nya, "Pada hari apabila Dia menyeru kamu, lalu kamu menyahuti dengan memuji-Nya, dan kamu menyangka bahawa kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja." (17:52)
Makam adalah yang ketiga yang disebut sebagai tempat dari mana manusia dikeluarkan. Mereka keluar dengan pelbagai ragam, iaitu, ada yang dengan cepat, ada yang macam belalang-belalang bertaburan, dan ada pula yang melongsor, terkejut, dan mencelakakan diri-diri sendiri. Firman-Nya, "Pada hari mereka keluar dari makam-makam dengan cepat, seakan-akan mereka
bersegera kepada berhala-berhala mereka." (70:43) "Mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan." (54:7) "Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, 'Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami?'" (36:51-52)

Kesemua yang disebut di atas, yang keluar dari makam mereka dengan gaya yang
agak berlainan, adalah daripada golongan orang-orang yang tidak percaya kepada
ayat-ayat Allah.
Kedatangan Tuhan


Pada Hari Kiamat, Tuhan muncul untuk bertemu dengan manusia. Bumi bersinar dengan cahaya-Nya. Malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan. Lapan daripada mereka membawa Arasy Tuhan. Kemudian, Kitab, Nabi dan para saksi didatangkan. Firman-Nya, "Maka, apabila trompet ditiupkan dengan sekali tiupan, Dan bumi dan gunung-gunung diangkat, dan dihancurkan dengan satu pukulan, Kemudian, pada hari itu, Peristiwa Besar terjadi, Dan langit terpecah, kerana pada hari itu ia menjadi lemah, Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu." (69:13-17) "Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan
para Nabi dan para saksi didatangkan." (39:69) "Roh (mungkin Jibril) dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan;" (78:38).

Dihadapkan


Semua manusia akan dihadapkan kepada Allah. Mereka berdiri di hadapan-Nya dalam barisan-barisan setelah diseru oleh penyeru. Suara direndahkan. Yang kedengaran hanya bisikan. Firman-Nya,"Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki." (14:48) "Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami." (36:53) "Pada satu hari yang besar, Satu hari apabila manusia berdiri di hadapan Pemelihara semua alam." (83:5-6) "Dan mereka dikemukakan di hadapan Pemelihara mereka dalam barisan-barisan." (18:48) "Pada hari itu, mereka mengikuti penyeru yang padanya tiada kebengkokan, dan suara-suara direndahkan kepada Yang Pemurah supaya kamu mendengar tiada, kecuali bisikan." (20:108)
Semua manusia datang kepada-Nya bersendirian, menurut kumpulan, selepas dikumpulkan di bumi yang rata. Tiap-tiap seorang datang dengan merendahkan diri. Firman-Nya, "Pada hari Kami memperjalankan gunung-gunung, dan kamu melihat bumi menjadi rata, dan Kami mengumpulkan mereka, lalu Kami tidak meninggalkan sebanyak seorang pun antara mereka di belakang." (18:47) "Pada hari trompet ditiupkan, dan kamu datang berkumpulan-kumpulan." (78:18) "Setiap seorang daripada mereka datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian." (19:95) "Pada hari trompet ditiupkan .... tiap-tiap seorang datang kepadaNya dengan merendahkan diri." (27:87)

Kumpulan


Kumpulan-kumpulan manusia terdiri daripada orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang yang mendustakan, dan orang-orang yang bertakwa. Firman-Nya, "Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah. Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup pengairannya. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab." (30:14-16) "Pada hari Kami mengumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris." (27:83-84) "Pada hari Kami mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada Yang Pemurah dengan kedatangan (sambutan) kebesaran," (19:85).
Golongan manusia yang berkepercayaan lain juga dikumpul dan dibezakan, di samping orang-orang yang mempersekutukan Allah yang turut dibezakan. Firman-Nya, "Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang mempersekutukan - Allah akan membezakan antara mereka pada Hari Kiamat." (22:17) Pada hari manusia dikumpul mereka didapati saling berkenalan. Firman-Nya, "Dan pada hari Dia mengumpulkan mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat daripada siang hari; mereka saling berkenalan antara mereka." (10:45)

Sebab


Manusia dibangkit dan dikumpul atas beberapa sebab. Satu daripadanya adalah supaya Allah dapat menghakimkan mereka, dan memutuskan segala yang perselisihkan di dunia. Firman Allah, "Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat," (4:141). "Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan." (22:69) "Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan." (45:17) Selain itu, Allah akan memberitahu manusia apa yang mereka buat di dunia, dan supaya manusia dapat melihat segala amalan mereka, termasuk yang sekecil satu atom. Firman-Nya, "Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah menjumlahkannya, dan mereka melupakannya." (58:6) "Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan mereka, Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akanmelihatnya." (99:6-8)
Sebab terakhir disebut di sini, atas tujuan manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, adalah untuk Allah membayar sepenuhnya apa yang mereka telah usahakan. Firman-Nya, "Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat;" (3:185).

Wajah

Keadaan manusia berbeza setelah dibangkitkan. Ada yang muka berseri-seri, memandangi Pemelihara mereka, dan ada yang masam. Ada yang bersinar dan tertawa, dan ada yang berdebu, digelapkan. Ada yang merendah (mungkin kerana takut atau malu) dan ada yang riang. Firman-Nya, "Pada hari itu, muka-muka berseri-seri, Memandangi Pemelihara mereka .... Dan pada hari itu, muka-muka masam," (75:22-24). "Beberapa muka pada hari itu bersinar, Tertawa, bergembira. Beberapa muka pada hari itu berdebu, Ditutupi kegelapan, Mereka itu, merekalah orang-orang yang tidak percaya, jahat." (80:38-42) "Muka-muka pada hari itu merendah .... Muka-muka pada hari itu riang," (88:2-8).
Ada pula muka yang menjadi hitam, dan ada yang putih. Muka menjadi hitam kerana menjadi kafir (tidak percaya) setelah beriman, dan kerana berdusta terhadap Allah serta bersifat sombong. Firman-Nya, "Pada hari apabila beberapa muka menjadi hitam, dan beberapa muka menjadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi hitam, 'Kenapa kamu
tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu?'" (3:106) "Dan pada Hari Kiamat, kamu melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka menjadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?" (39:60)

Muka juga menjadi anggota badan yang di atasnya sesetengah manusia tegak ketika dikumpulkan. Mereka yang dikumpulkan di atas muka mereka adalah orang-orang yang
sesat. Firman-Nya, "Kami akan mengumpulkan mereka (yang sesat) pada Hari Kiamat di atas
muka-muka mereka." (17:97)

Buta
Orang-orang yang telah didatangkan ayat-ayat Allah tetapi melupakannya kemudian, akan diban gkitkan dalam keadaan buta pada Hari Kiamat. Firman-Nya,"Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta." (20:124)

Mata orang-orang yang berdosa akan merenung dengan tepat. Pandangan orang-orang yang berdosa, seperti yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, akan merendah pada Hari Kiamat. Firman Allah, "Pada hari trompet ditiupkan; dan Kami mengumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat," (20:102). "Merendahkan pandangan mereka (orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah), kehinaan menutupi mereka," (70:44)

Tidak Berkata-kata

Kepada orang-orang yang menyembunyikan ayat-ayat al-Qur'an, atau yang menjualnya dengan harga sedikit, Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat. Sementara mereka yang menjual perjanjian Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit, bukan sahaja Dia tidak berkata-kata tetapi tidak memandangnya jua. Firman-Nya, "Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit .... dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat," (2:174) "Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit .... Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga
menyucikan mereka," (3:77). Bagi orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan dan permainan serta menyangkal ayat-ayat Allah pula, mereka dilupakan Allah pada
Hari Kiamat. "Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan,
dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami," (7:51).

Turut dilupakan ialah orang-orang yang melupakan ayat-ayat Allah setelah datang kepada mereka. Firman-Nya, "Berkata, 'Demikianlah; ayat-ayat Kami telah datang kepada kamu, dan kamu melupakannya; dan demikianlah, pada hari ini kamu dilupakan'"
(20:126).

Segala perbuatan jahat yang dilakukan, seperti menipu dan kikir, akan datang bersama manusia pada Hari Kiamat. Antaranya digantung pada leher mereka.
Firman-Nya, "sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari
Kiamat;" (3:161). "Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah telah memberikan mereka .... Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat." (3:180)

Kitab

Tiap-tiap umat dipanggil kepada Kitab mereka dalam keadaan melutut. Bagi kita adalah Kitab al-Qur'an. Tiap-tiap manusia pun ada sebuah kitab sendiri yang akan dibaca sendiri pada hari yang besar itu, supaya mereka dapat menghitung sendiri amalan mereka. Firman-Nya, "Dan kamu akan melihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat dipanggil kepada Kitabnya," (45:28). "Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami mengeluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia menemuinya terbuka. 'Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu'" (17:13-14).

Kitab manusia diberi di tangan kanan atau tangan kiri, pada hari mereka diseru bersama imam (ketua) mereka. Kanan bermaksud bahagia, dan kiri, sengsara. Firman-Nya: "Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun" (17:71). "Tetapi bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kirinya, dia akan berkata, 'Sekiranya aku tidak diberi kitabku,'" (69:25).

Timbangan

Suatu Timbangan diletakkan pada Hari Kiamat untuk mengenali siapa yang timbangannya berat dan siapa yang ringan. Bagi yang berat, mereka beruntung, tetapi yang ringan timbangannya, kerana menzalimkan ayat-ayat al-Qur'an, mereka menjadi sengsara. Firman-Nya, "Dan Kami meletakkan timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa akan dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami mendatangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung." (21:47) "Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang yang beruntung. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami." (7:8-9) "Maka apabila trompet ditiupkan, pada hari itu tidak akan ada pertalian kekeluargaan lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya. Kemudian orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang yang beruntung. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya." (23:101-103)

Tidak Bermanfaat

Dalam penimbangan, pada Hari Kiamat, pertalian kekeluargaan termasuk kerabat yang bertalian darah tidak bermanfaat lagi. Bapa tidak membela anak, dan anak tidak membela bapa. Anak lelaki dan harta tidak berguna lagi. Firman-Nya, "Tidaklah kerabat kamu daripada pertalian dar ah, dan tidak juga anak-anakkamu bermanfaat kepada kamu pada Hari Kiamat; Dia akan membezakan antara kamu," (60:3). "Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan membela anaknya, dan tiada juga anak membela bapanya sedikit pun." (31:33) "Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat," (26:88).

Sahabat menjadi musuh kecuali yang bertakwa, pada hari itu. Tuan didapati tidak berguna sedikit pun terhadap peliharaannya. Alasan juga tidak bermanfaat. Begitu juga segala bentuk tebusan daripada orang-orang yang tidak percaya (kafir) kepada ayat-ayat Allah, tidak akan diterima. Firman-Nya, "Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa," (43:67). "Hari di mana seorang tuan tidak be rgunasedikit pun kepada peliharaannya, dan mereka tidak akan ditolong," (44:41). "Maka pada hari itu, alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang membuat kezaliman," (30:57)."Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, walaupun bagi mereka kesemua yang di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, untuk menebus diri mereka daripada azab Hari Kiamat dengannya, ia tidak akan diterima daripada mereka; bagi mereka, azab yang pedih." (5:36)
Syafaat daripada orang lain juga tidak bermanfaat. Firman-Nya "Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong." (2:123)

Saksi

Saksi-saksi didatangkan daripada tiap-tiap umat, di kalangan mereka sendiri. Nabi Muhammad akan menjadi saksi ke atas orang-orang di sekelilingnya. Firman-Nya, "Bagaimanakah pula ia, apabila Kami mendatangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka itu?" (4:41) "Dan pada hari Kami membangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada kalangan mereka sendiri, dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka itu." (16:89)

Beberapa bahagian anggota badan turut menjadi saksi. Mereka adalah bahagian-bahagian yang penting seperti lidah, tangan, dan kaki. Antara manusia, ada yang mulutnya ditutup, meninggalkan tangan dan kaki mereka untuk menjadi saksi ke atas apa yang telah diusahakannya. Firman Allah, "Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, mempersaksikan terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah buat."
(24:24)"Pada hari ini, Kami meletakkan satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka mempersaksikan terhadap apa yang mereka telah mengusahakan." (36:65)

Allah Bertanya

Hari Kiamat adalah juga hari yang Allah bertanya. Para rasul akan ditanya mengenai sambutan yang diberi kepada mereka, yang mereka tidak tahu kerana ia suatu yang ghaib. Firman Allah, "Pada hari apabila Allah mengumpulkan rasul-rasul, dan berkata, 'Apakah jawapan yang kamu diberi?' Mereka berkata, 'Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib'" (5:109)

Namun, tertulis di dalam al-Qur'an, iaitu dua orang Rasul yang telah berkata-kata dengan selanjut pada Hari Kiamat. Mereka adalah Nabi Isa dan NabiMuhammad. Baginda berdua telah menjawab mengenai sesuatu yang paling berat berlaku pada orang-orang yang mengaku mengikuti mereka. Jawapan Nabi Isa boleh dibaca di Kisah Nabi Isa, sementara Nabi Muhammad diturunkan di bawah ini: "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)
Nabi Muhammad akan "bersungut" bahawa kaumnya tidak mempedulikan al-Qur'an. Ketika itu, Kitab tersebut mungkin berada di hadapannya, kerana kehadiran perkataan "ini" pada ayat tersebut. Orang-orang yang telah didatangkan para utusan juga ditanya. Mereka ditanya mengenai sambutan mereka terhadappara utusan. Firman-Nya,"Pada hari apabila Dia memanggil mereka, dan Dia berkata, 'Apakah jawapan yang kamu beri kepada para utusan?'" (28:65)

Sekutu

Mereka yang disembah selain daripada Allah akan ditanya. Contoh, manusia yang dituruti di atas Allah dalam agama. Mereka ditanya sama ada mereka yang menyesatkan atau pengikut-pengikut mereka sendiri yang menjadi sesat. Firman-Nya, "Pada hari apabila Dia mengumpulkan mereka, dan apa-apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, dan berkata, 'Adakah kamu yang menyesatkan mereka ini, hamba-hamba-Ku, atau adakah mereka sendiri yang sesat daripada jalan?'" (25:17)

Orang-orang yang disembah itu dipanggil sekutu-sekutu Allah. Antara mereka, ada yang tidak mengaku kepada pengikut-pengikutnya bahawa mereka telah disembah. Mungkin kerana mereka tidak mengetahui tentang kejadian selepas kematian mereka. Ada pula yang tidak menyahut apabila dipanggil pada Hari Kiamat. Firman-Nya,"Dan pada hari Kami mengumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan, 'Pergilah ke tempat kamu, kamu dan sekutu-sekutu kamu! Kemudian Kami memisahkan antara mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, 'Bukanlah kami yang kamu sembah,'" (10:28). "Dan pada hari Dia berkata, 'Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu mendakwa'; dan kemudian mereka menyeru mereka, tetapi mereka tidak menyahuti mereka." (18:52)

Pertanyaan kepada orang-orang yang menyekutukan Allah diteruskan. Ada yang tidak mengaku dengan bersumpah atas nama-Nya bahawa mereka tidak menyekutukan-Nya. Firman-Nya, "Pada hari Dia memanggil mereka, dan Dia berkata, 'Di manakah sekutu-sekutu Ku yang kamu mendakwa?'" (28:62) "Dan pada hari Kami mengumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan, 'Di manakah sekutu-sekutu kamuyang kamu mendakwakan?' Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan
mereka berkata, 'Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang menyekutukan.'" (6:22-23)
Mungkin antara mereka yang tidak mengaku itu tidak menyedari bahawa merekatelah menyekutukan Allah dengan mengambil kitab selain daripada Kitab Allah.

Kumpulan Lain

Selain orang-orang yang disekutu dan menyekutu, kumpulan lain adalah mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah dengan tanpa pengetahuan. Mereka tidak membaca (memahami) kandungan Kitab al-Qur'an untuk disimpan dalam pengetahuan mereka. Seterusnya ditanyaadalah kumpulan orang-orang yang mengada-adakan dalam agama, seperti ajaran yang selain daripada ajaran al-Qur'an. Firman-Nya, "Pada hari Kami mengumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris, Sehingga, apabila mereka datang, Dia berkata, 'Adakah kamu mendustakan ayat-ayat-Ku tanpa
mengetahuinya dalam pengetahuan kamu, atau apakah yang kamu telah buat?'" (27:83-84) "pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan," (29:13)

Terdapat juga orang-orang yang bersumpah kepada Allah, sebagaimana mereka bersumpah kepada Rasul, bahawa mereka berada di jalan benar. Akan tetapi, mereka telah dikuasai syaitan yang membuat mereka melupakan ayat-ayat-Nya. Mereka adalah golongan syaitan (mungkin tanpa disedari). Firman-Nya, "Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya dan mereka bersumpah kepada-Nya, sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu, dan menyangka bahawa mereka berada di atas sesuatu. Sesungguhnya merekalah pendusta-pendusta! Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!" (58:18-19)

Dan akhir sekali diturunkan di sini adalah orang-orang yang tidak percaya, atau kafir, setelah mereka beriman, atau setelah mereka percaya kepada ayat-ayat Allah. Kumpulan itu tentu akan ditanya. Satu daripada soalannya berbunyi, "Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu?" (3:106)

Debat

Pada hari itu, manusia berdebat untuk diri mereka sendiri. Mereka tidak ditolong. Firman-Nya, "Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa diba yar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidakdizalimi." (16:111) Contoh, orang yang berpaling daripada Peringatan Allah, yang akan bertanya pula, dengan soalan berbunyi, "Wahai Pemeliharaku, mengapakah Engkau membangkitkan aku buta, padahal aku
seorang yang boleh melihat?" (20:125)

Bagi sesetengah pihak, pada Hari Kiamat, keadaan tidak menyenangkan sehingga terbit pertengkaran di depan Tuhan. Firman-Nya,"Kemudian pada Hari Kiamat, di hadapan Pemelihara kamu, kamu bertengkar." (39: 31)

Jin

Golongan jin juga dikumpul dan ditanya. Antara yang ditanya adalah mengenai pengambilan mereka daripada golongan manusia. Sahabat-sahabat mereka daripada golongan manusia pula mengaku telah mendapat kesenangan daripada mereka. Firman-Nya, "Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya: 'Wahai golongan jin, kamu telah banyak mengambil daripada manusia.' Kemudian wali-wali(sahabat-sahabat) mereka di kalangan manusia berkata, ''Wahai Pemelihara kami, sebahagia n kami telah mendapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tem poh yang Engkau menentukan bagi kami.'' (6:128) Begitu jawapan manusia yang bersahabat dengan jin pada Hari Kiamat.

Berhati-hati

Rugilah orang-orang yang tidak percaya kepada Hari Kiamat. Atau, tidak percaya seperti yang diceritakan-Nya di dalam al-Qur'an. Justeru, Allah memperingatkan agar setiap jiwa berhati-hati terhadap diri-Nya. Firman-Nya,"Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak mempercayai," (6:12). "Pada hari tiap-tiap jiwa mendapati apa yang ia telah buat daripada kebaikan dihadapkan, dan apa yang ia buat daripada kejahatan; ia akanmenginginkan sekiranya antara ia dan hari itu ada ruang yang jauh. Allah memperingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya." (3:30) Setelah manusia dibangkit dan dihakimkan, mereka yang membuat kebaikan akanmasuk Syurga sementara yang memilih untuk membuat kejahatan masuk Neraka. Mereka tinggal kekal di dalam tempat tempat kediaman mereka sesudah ditentukan Allah pada Hari Kiamat.
RENUNGKANLAH.............